Wednesday, September 28, 2005

UIA POPULAR LAGI...............

Populariti UIA melonjak lagi pada kali ini. Ianya bukanlah kerana isu krisis air , tetapi isu baru yang lagi sensasi dan terkini. Isu yang dimaksudkan itu ialah isu pemfailan kes saman bagi permohonan injuksi di mahkamah bagi menghalang pilihanraya kampus UIAM. Pemfailan kes tersebut dilakukan pada 23 September yang lepas ekoran ketidakpuasan mahasisswa UIAM terhadap peraturan piliharaya UIAM yang dikatakan bersifat tidak adil dan berat sebelah. Ekoran daripada kes tersebut, satu Malaysia sudah mengetahui selepas berita tersebut tersebar meluas di media massa melalui televisyen dan akhbar-akhbar utama negara.

ProAspirasi tawan UIAM ......

Begitulah laporan akhbar Kosmo pada hari Selasa baru-baru ini. Kawan sebenarnya sudah menjangkakan apa yang akan berlaku memandangkan ada ura-ura mengatakan pilihanraya akan diboikot. Segalanya telah terbukti selepas proses penamaan calon yang diadakan pada 26 September baru-baru ini. Kemenanagan tanpa bertangding itu berpunca daripada pemboikotan pilihanraya oleh mahasiswa UIAM yang kawan boleh katakan golongan Idealis ekoran daripada peraturan pilihanraya yang dikatakan tidak adil. Kawan ingin mengulas sedikit peraturan baru pilihanraya yang kawan sifatkan seolah-olah terdapat filtering process yang jelas bercanggah dengan prinsipal keadilan dan amalan demokrasi. Sepanjang berada 4 tahun di UIAM ini, inilah peraturan yang pelik bin ajaib. Antara peraturan tersebut ialah public speaking test. Pada pilihnaraya tahun2 yang lepas, peraturan ini tidak wujud. Kawan masih berpendapat peraturan ini adalah reasonable dan practical memandangkan kita memerlukan seorang pemimpin yang berkomunikasi dengan baik dengan massa. Begitu juga dengan peraturan CGPA calon ialah 2.8. Kawan merasakan isu CGPA bukanya cardinal ground bagi pemboikoitan pilihanraya oleh mahasisiwa pro-Idealis UIAM pada tahun ini. Kawan merasakan sebab musabab yang utama ialah wujudnya interview session dalam proses pilihanraya kampus (PRK) pada kali ini. Proses ini berlangsung selepas bakal calon melepasi public speaking test. Wujudnya interview session ini kawan merasakan seolah-olah bakal barisan exco SRC UIAM atau MPP UIAM dipilih oleh pihak pentadbiran yang mengetuai Suruhanjaya Pilhanraya. Ini kerana mereka ada kuasa pemutus ( discreationary power )samada bakal calon layak atau tidak ke proses hari penamaan calon.Jadi ini menggambarkan bahawa mahasiswa tiada kebebasan memilih pemimpin mereka dan sekaligus hak mereka telah tercalar pada piliharaya kali ini. Ironinya, pemboikoitan PRK pada kali ini bukan sahaja berlaku di bumi UIAM, bahkan ia juga berlaku di kampus-kampus lain seperti di UTM, UPM dan UPSI atas sebab2 undang-undang PRK yang tidak adil. Oleh itu, kawan boleh mengatakan bahwa PRK di Malaysia pada tahun ini adalah yang terburuk ekoran pemboikoitan mahasiswa terhadap sistem PRK yaag berat sebelah.

Sejarah baru tercoret di Taman Budi dan Ilmu.....

Pada tahun ini menyaksikan hari membuang undi tidak berlangsung ekoran daripada kemenangan tanpa bertangding oleh pihak pro-Aspirasi. Sebnyak 24 kerusi yang dipertangdingkan, hanya 18 yang menang tanpa bertanding. Manakala 6 kerusi lagi masih kekosongan. Actually, kawan merindukan suasana pilihanraya yang ada manis dan pahitnya. Tahun ini, bumi UIAM tidak lagi dipenuhi dengan poster-poster dan banner2 calon, tiada lagi kupon RM 1 bagi setiap orang yang mengundi, tiada perarakan dan kempen dari bilik ke bilik. Sepanjang kawan 4 tahun berada di UIAM ini, inilah pilihanraya yang tak perlu mengeluar undi disebakan pemboikoitan yang berlaku sekaligus ianya adalah sejarah baru dalam PRK.

Permohonan Injuksi ditarik.............

Itulah tajuk berita di dalam UM dan UTUSAN yang mencuri perhatian kawan pada hari ini. Permohonan injuksi oleh saudara Mozahiri iatu pemohon telah ditarik dan kawan tak pasti apakah ground di sebalik penarikan tersebut. Tetapi yang pasti sebab penarikan tersebut bukanlah atas dasar ancaman daripada UIA kerana kawan percaya saudara Mozahiri bukan seorang yang bacul atau penakut. Beliau seorang yang berani dan sanggup menanggung risiko atas tindakannya tersebut. Kawan ingin memetik kata-kata lecturer Law of Evidence kawan berkaitan kes saman UIA nie..." this is family matter, it should be settled within IIUM ". Personally kawan setuju dengan statement tersebut, kalau boleh hal-hal dalaman UIA ini diselesaikan dengan pihak atasan pentadbiran terdahulu sebelum membawa ke pihak luar. Tetapi kawan ingin dedahkan bahawa satu fakta iatu sejurus beberapa hari peraturan baru PRK UIA dikeluarkan, pihak SRC sesi yang lepas telah membuat memorandum bantahan dan diserahkan kepada Deputi Rektor Hal Ehawal Pelajar dan Alumni UIAM. Malangnya, kawan diberitahu bahawa memorandum tersebut tidak dapat respon yang baik. Ini bermakna, terdapat usaha untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pihak atasan UIA, akan tetapi usaha itu langsung tidak ambil kira. So, kawan merasakan tindakan saudara Mozahiri ini justified dan sudah pasti ia menjadi sejarah baru dalm PRK pada tahun ini. Personally, kawan merasa kagum dengan beliau yang sanggup berkorban demi menegakkan kebenaran dan menentang ketidakadilan agar ia menjadi bukti bahawa mahasisiwa UIAM bukanya pak turut( angguk2 - geling2 ), akan tetapi mahasiswa UIA adalah mahasiswa yang mempunya idealismenya tersendiri. Moga tuhan memberi kekuatan untuk beliau.

Akhirnya...................

Secara umumnya, segala kepincangan dan kekalutan PRK UIAM pada tahun ini ada hikmah di sebaliknya. Antaranya ialah mahasiswa perlu sedar bahawa hak mereka tidak boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak. Mereka mesti celik dengan persekitaran yang berlaku dan jangan hanya asyik mabuk dengan dunia akademik mereka sahaja. Kebenaran mesti dituntut dan kebatilan mesti ditolak. Lastly, kawan nak ucapkan tahniah dan takziah kepada barisan bakal exco SRC yang baru. Tahniah di atas kemenangan tanpa bertanding kalian semua dan takziah di atas tugasan dan amanah yang bakal digendong. Ingatlah, jawatan itu bukan satu kemasyhuran akan tetapi ia adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan yang Esa. Moga SRC kali terus memperjuangkan agenda kebajikan mahasisiwa sebagimana SRC yang lepas. Amin..........

Note : Walaupun permohonan injuksi ditarik, kes ini dalam proses semakan penghakiman ( judicial review) yang dibuat oleh pihak plaintif. Ini bermakna kes ini tidak berakhir lagi...moga KEADILAN dapat ditegakkan....

Thursday, September 15, 2005

UIA popular kerana air ??

Tiga bulan yang lepas UIA telah popular selepas kejayaanya memperolehi tempat kedua bagi pertandingan peringkat dunia Moot Philip Jessup di Amerika dan kejayaan saudari Melati yang menerima anugerah “ the best oralist'' dalam pertandingan tersebut. Pada beberapa hari lepas nama UIA sekali lagi popular di seluruh Malaysia, hal ini disebabkan tragedi bekalan air yang terputus telah dilaporakan di dalam Buletin Utama dan menjadi topic dalam akhbar2 utama tanah air. Bekalan air terputus bukanlah disebabkan empangan sudah kering, tetapi disebabkan pencemaran Sg. Gombak di sepanjang Jln Gombak-Bentong Lama akibat daripada sebuah lori minyak yang terbalik di Kilometer 30, Lebuh Raya-Karak. Ekoran daripada krisis air yang berlaku di UIA itu, 3 hari cuti mengejut telah diberikan kepada pelajar2 iatu bermula pada Isnin ( 1.00 ptg ) hingga ke hari Rabu.

Cuti, ade yang gembira dan ada yang tak suka…..

Bila sahaja notis mengenai cuti mengejut dikeluarkan macam2 reaksi yang kawan dapat lihat terhadap member2. Ada yang yang gembira sakan dan terdapat juga yang tak gembira serta merungut. Siapa yang tak gembira bila tak dapt cuti….maklum le tak payah pergi kelas dan yang best lagi, test ditangguhkan. Tapi ramai yang celebrate cuti tu dengan pulang ke rumah sendiri atau ke rumah saudara mara yang berdekatan bagi yang berasal dari Utara, Timur dan Selatan tanahair. Kawan masih stay kat UIA walaupun menanggung kesusahan bila air tiada sebab banyak kerja perlu disettlekan. Lagipun rumah kawan bukan di Puchong atau di Lembah Kelang, so, tak berbaloi nak balik Temerloh. Bagi yang tak suka cuti tu bukanye ape, cuti tu bukan free macam tu aje, tapi ia perlu diganti bagi memastikan silibus pembelajaran habis mengikut jadual. Kemudian, disebabkan cuti nie juga library, office2 dan ITD kat UIA ditutup, so, ini merumitkan mereka untuk menyiapkan assignment,urusan persatuan dan sebagianya.

Realiti yang belaku semasa krisis air…

Kawan perhatikan terdapat beberapa pelajar yang membuat tindakan yang tidak bijak semasa UIA menghadapi krisis air. Beberapa orang budak-budak lelaki kawan perhatikan bermandi sakan di tong air bantuan yang disediakan di mahallah2. Gembira 'bebenor' diaorang kawan tengok bila dapat air. Bukanya apa, dalam situasi begini, pandai2 le berjimat cermat dan jangan ikutkan sangat nafsu sangat…nanti akan menyusahkan orang lain yang masih ramai memerlukan air…

Realiti di tandas2 di mahallah lain pulak ceritanye. Aroma yang menusuk hidung dan kalbu hanya tuhan yang tahu. Begitu juga dengan panorama2 yang tak sedap mata memandang bila mana kaki melangkang masuk dan secara automatiknya terus mengingatkan kawan akan sepotong lirik lagu Ratu Rock Malaya (Ella) “ tak dapat kubayangkan…”. Ish..ish…memang menakutkan….( harap2 faham ye…)

Walaupun air tiada, cafe2 di setiap mahallah lelaki kawan perhatikan masih aktif beroperasi. Yang menariknya, pinggan2 tidak lagi digunakan oleh pelanggan malahan polystyrene sebagia ganti. Dengan erti kata lain, semua makanan dan minuman kena ‘tapau’ le…..

Satu keajaiban juga telah berlaku ekoran krisis air berlaku. Keajaiban yang kawan maksudkan ialah bertambahnya bilangan pelajar lelaki yang sembahyang berjemaah. Apa ketidaknya…..kebetulan tangki air bantuan terletak berhampiran dengan surau. Jadi, ini memudahkan mereka bersembahyang berjemaah. Sebelum itu, kawan jarang jumpa certain face yang sembahyang berjemaah, tapi bila keadaan macam ni, ramai pula muka-muka baru yang datang ke musolla Bilal. Alhamdullilah…kawan lihat ini satu suasana baru yang positif dan harap-harapnya terus istiqomah sembahyang berjemaah lepas-lepas nie.

Kesimpulanya di sini, kawan ingin nyatakan sedikit mengenai hikmah di sebalik krisis air yang berlaku di bumi UIA nie. Sebelum tu, kawan nak quote apa yang seorang lecture Syariah AIKOL kata iatu “ ada hikmah di sebalik air takde, at least kita boleh praktik bertayammamum. Daripada quotation tu kawan boleh sifatkan apa yang dikatakan oleh lecturer tu lebih berbentuk lelucon bagi mengurangkan stress budak-budak law. Tetapi, kawan memang tak nafikan bahawa banyak hikmah sebalik kejadian krisis air. Antara hikmahnya ialah hargailah air dan jangan sesekali membazirkanya. Jadi lepas-lepas ni, kalau ambik sembahyang tu, paip tu jangan le bukak besar-besar sampai air yang keluar tu deras yang kawan boleh umpamakan ibarat air sungai di Jeram Perahu yang terletak di Hulu Tembeling, Pahang. Akhirnya, kawan ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih ke atas SRC kerana membawa isu ini ke pihak atasan. Hasil tindakan pantas tersebut,, UIA telah bercuti 3 hari dan secara tak langsung cuti mid sem dilanjutkan. Kawan secara peribadinya, cuti yang diberikan memang rasional dan satu keputusan yang bijak. Wallahua’lam.

“ Hargailah Air kerana ia adalah Rahmat Tuhan ‘’

- Pesanan khas dari JBA -


Nota : Semasa artikel diuploaded, bekalan air di UIAM sudah kembali pulih seperti biasa.