Sunday, May 29, 2005

Friday, May 20, 2005

" Kisah Abu Bakar Hamzah Mohammad Menjadi Pengajaran"

Assalammualaikum w.b.t..

Pagi tadi selepas bersarapan di Sg. Pusu bersama kawan2, 'kawan' sempat membaca akhbar(BH ).Selepas membaca tajuk2 utama, 'kawan' tertarik dengan satu berita mengenai kematian sorang hamba Allah yang bernama Abu Bakar,41 tahun yang menetap di Johor Bharu telah meninggal dunia dipangku ibunya. Ibunya pula ialah seorang pesakit Parkinson yang tidak boleh bergerak melainkan dengan bantuan anaknya itu.

Apa yang 'kawan' nak highlight kat sini ialah tentang pengorbanan si arwah yang tidak berbelahbagi terhadap ibunya. Beliau terpaksa manghabiskan masanya dengan sentiasa berdamping degan ibunya selalu. Segala urusan makan, minum, buang air dan lain2 diuruskan oleh beliau. Beliau juga terpaksa membiarkan hasratnya utk berkahwin memandangkan keadaan ibunya yang memerlukan perhatian penuh daripadanya.

Pengajaran penting yang boleh diambil ialah jagan kita sesekali melupakan orang tua kita terutama yang memerlukan pertolongan dan kasih sayang. Dengan erti kata lain, berbuatlah baik dengan ibu bapa kita, jangan kita syok dengan 'dunia kita' sendiri.
Kita tidak dapat membalas jasa orang tua kita dengan wang ringgit, harta benda dan lain, melainkan kasih sayang yang kita dapat berikan.

Satu persoalan yang 'kawan' nak lontarkan, jikalau arwah Abu Bakar kembali kepada Allah dalam keadaan dakapan ibunya ( membuat kebaikan/kebjikan kpad ibunya ), adakah kita juga ditakdirkan oleh-Nya dimatikan dlm keadaan seperti beliau?

Hanya Allah shj yang tahu, apa yang boleh kita usahakan adalah menjadi anak yang soleh, bertakwa dan mengasihi ibu bapa kita. Wallahua'lam.

Note ; 'kawan'(loghat Phg ) ialah bermaksud saya atau aku.

Tuesday, May 17, 2005

Isu : Undang-undang tidak mengikut EMOSI....( Kes Ahmad Hafizal )

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai seorang remaja yang pertama kali telah didakwa di bawah S.18 (Akta Latihan Khidmat Negara) 2003. Majisteret Kangar telah mendapati remaja tersebut bersalah dibawah Akta tesrebut dan telah dijatuhkan hukuman denda RM600 atau penjara 14 hari. Ahmad Hafizal b. Ahmad Fauzi ( remaja terbabit )telah memilih hukuman penjara memandangkan dia tidak mampu membayar denda.

'Kawan' apabila membaca laporan akhbar tersebut merasa sebak juga mengenangkan nasib seorang remaja yang berumur 18 tahun yang hidup di dalam kesusahan sangguup berkorban demi memastikan emak dan kedua orang adiknya tidak kelaparan.Saudara Hafizal membuat keputusan untuk tidak ke PLKN bagi membantu ibu dan kedua orang adiknya.

Cuma 'kawan' nak stress berkaitan dengan akta LKN yang diluluskan oleh parlimen pada tahun 2003. Pihak mahkamah telak melaksnakan tugasnya dengan melaksanakan undang-undang tersebut tanpa mengambil kira faktor atau situasi yang menyebabkan saudara Hafizal tidak ke PLKN. Dengan erti kata lain keputusan yang dibuat tidak boleh dipengaruhi oleh emosi atau rasa kasihan.Ini kerana setiap pelaksanaan undang-undang itu ada tujuan dan matlamatnya.


Walupun Majisteret telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM600 atau penjara 14 hari, 'kawan' merasakan RM600 itu masih tertinggi berbanding degan situasi kehidupan sebenar si pesalah. Nak cari sesuap nasi pun payah apatah lagi RM 600. Tapi 'kawan' percaya hukuman yang dijatuhkan itu tidak dipengaruhi dengan emosi dan perasaan kasihan.Kalau tidak, sudah tentulah denda atau penjara yang dijatuhkan amat rendah daripada yang sebenar.

'Kawan' mula-mulanya merasa sedih apabila tiada orang tampil untuk membantu Hafizal bagi membayar denda. Tapi, mujurlah MB Perlis telah tampil bagi membayar denda, itu pun selepas sehari si Hafizal ini telah berada di penjara.Apa-apa pun kawan nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada MB Perlis kerana keprihatinanya terhadap kes Hafizal ini, dan kawan baca paper semalam MB tersebut telah sponsor duit poket untuk Hafizal bagi mengikuti kursus Kemahiran selama 4 bulan. Tahniah juga kepad akhbar-akhbar tanah air yang memberi liputan yang meluas pasal kes Hafizal nie, at least 'ade le orang' nak membantunya.

Konklusinya di sini , kes Hafizal ini hendaklah menjadi contoh kepada remaja2 yang lain bahawa undang2 tidak mengenal jantina, kaum dan status kaya atau miskin. Kerana penggubalan sesuatu undang-undang itu ada kepentinganya dan tujuanya. Satu perkara lagi, kalau kita nak marah nak Akta PLKN pun dah tak berguna kerana parlimen telah meluluskanya dan diperkenankan YDPA. Dan perlu dingat, orang-orang di parlimen itu orang yang dipilih rakyat. Jadi, jangan meunding jari ke arah orang lain, pandanglah dalam diri kita ini dulu.

Wassalam.

Tuesday, May 03, 2005

YOU WILL LOSE TRUST IF YOU ….

• Act and speak inconsistently.

Nothing confuses people faster than inconsistency. And if confusion due to contradiction is the only constant, trust is sure to fall victim.

• Seek personal rather than shared gain.

One who is out only for him or her self, especially in a team environment, quickly loses the respect and trust of others.

• Withold information.

When the communication channels shut down rumors start and misinformation is believed to be real. True information is often too late, or is never offered. Then trust falls apart.

• Lie or tell half-truths…

Untruthfulness is a quick way to break a bond of trust. People may accept it once, even twice, as the old goes, “ twice burned….”

• Be closed-minded.

An unwillingness to consider other ideas and points of view will certainly cut off communication and eventually shatter trust.


Sources : http://ttgconsultants.com/articles/trustworkforce.html









Rahsia Khusyuk Di Dalam Solat

Ramai umat Islam yang menunaikan sembahyang pada hari ini. Tetapi adakah cukup solat itu sekadar sempurna rukun dan syaratnya tanpa hadirnya rasa khusyuk? Di bawah ini terdapat beberapa tips untuk khusyuk di dalam solat yang diringkaskan dari buku “ Khusyuk Dalam Solat ‘’ terbitan oleh Dewan Muslimat Sdn Bhd.

1) Hayati makna ayat bagi mencapai khusyuk.
- Diringkaskan kepada enam perkara. Yang pertama ialah ‘hudhur al-qalbi’ ( hadir hati ). Yang dimaksudkan hudhur al-qalbi di sini adalah berusaha membuang segala sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan solat, dan juga membuang segala perkara yang tidak ada hubungan dengan Allah SWT yang dihadapkan segala bacaan dan ucapan. Yang keduanya ialah ‘at-tafahum’ yang bererti melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat itu samada perbuatan dan juga segala yang diucapkan. Contohnya, memahami makna atau maksud ayat-ayat di dalam surah Al-Fatihah. Yang ketiganya pula ialah at-ta’dzim iatu merasa keagungan Allah SWT. Apabila seseorang itu memulakan solatnya dengan menyebut Allahu Akbar, mereka merasa dirinya terlalu kerdil di hadapan Allah SWT dan ingatanya terhadap Allah terlalu agung. Seterusnya ialah ‘ar-rajaa’ iatu sentiasa menaruh harapan besar, mudah-mudahan segala ibadah solat yang dilakukan itu diterima Allah dan mendapat ganjaran pahala dari-Nya. Yang terakhir ialah ‘al-hayaa’ iatu merasa malu terhadap Allah SWT di atas segala kekurangan dan kecacatan di dalam ibadahnya, sekadar mana yang terdaya dilakukan namun dipersembahkan juga ibadah tersebut ke hadrat Allah.

2) Merasakan rendah dan menghina diri serta membebaskan diri daripada menunjukkan besar diri dan sombong ketika qiyam ( berdiri ) di dalam solat.

3) Jangan lalai ketika Takbiratul Ihram iatu menyebut kalimah Allahu Akbar yang bererti Allah Maha Besar, ketika menyebut lafaz ini janganlah hati menyimpang ke lain.

4) Melahirkan semangat ( himmah ) atau kemahuan untuk melakukan solat dengan khusyuk dan merasakan solat itu amat mustahak di dalam hidup anda.

5) Merasa gerun atau hebat terhadap Allah SWT .
Rasa gerun ini hanya dapat dicapai dengan makrifat yang mendalam terhadap Allah SWT sebagai Khaliq dan makrifat yang terdapat pada diri anda sendiri sebagai hamba.

6) Mengharap akan limpah rahmat dari Allah SWT yang Maha Latif itu dengan segala kemurahan-Nya memberikan ganjaran yang lebih. Oleh itu, rasa penuh pengharapan dan pergantungan anda hanya terhadap Allah.

7) Elakkan gangguan solat dengan membatasi pandangan.
Imam Al-Ghazali telah menggariskan beberapa kaedah luaran bagi merawat hati supaya tidak dihinggapi penyakit lalai. Antaranya ialah dengan memejamkan mata ketika solat. Memejamkan mata dengan maksud menghindari dari memandang sesuatu yang tidak baik itu sepatutnya dilakukan sejak sebelum mendirikan solat. Jangan guna hamparan atau sejadah yang berwarna-warni sekiranya ia menganggu kekyusukan solat anda.

8) Berdiri solat bagai berdiri di Padang Mahsyar.
Bayangkan seolah-olah yang hendak ditunaikan adalah solat yang terakhir dan bayangkan juga dalam ingatanya bahawa seolah-olah ia sedang berdiri di Padang Mahsyar. Bayangkan juga bagaimana keadaan genting di sana yang mana merupakan penentuan yang abadi samada ke Syurga atau Neraka.

9) Pusatkan hati ke arah objek yang dikehendaki.
Sewajarnya orang yang mendirikan solat itu hatinya akan merasa tenang, kerana solat itu bukan sekadar menyebut-nyebut nama Allah malah ia merupakan dialog terus anatara hamba dan Khaliq. Oleh itu, anda perlu memusatkan hati dan ingatan kepada matlamat yang dituju di dalam solat iatu khusyuk contohnya membayangkan seolah-olah anda berada di padang mahsyar.

10) Merasakan bahawa laungan azan itu bagaikan tiupan sangkakala yang ditiup oleh malaikat Israfil. Tiupan yang mengejutkan seluruh manusia yang Allah bangkitkan dari dalam kuburnya bagi satu babak yang sangat dahsyat iatu menandakan bermulanya hari kiamat.

11) Menghadap Tuhan sebagai seoarang pesalah.
Ia bermaksud bahawa datang menemui tuhan dengan kesedaran sebagai seorang yang banyak melakukan kesalahan agar memperlihatkan keinsafan yang sebenar sebagai seorang hamba.

12) Membaca ayat Allah bersama hati.
Adapun qiam dalam solat ialah untuk mengekalkan hati bersama Allah SWT, wajib bagi seorang hamba sentiasa mengingat atau hadir hati terhadap Tuhan. Sesungguhnya Allah SWT memberikan perhatian kepada orang yang memperingati-Nya .

13) Dorong hati untuk mendekati khusyuk.
Perlu diingat sekiranya hati anda berpaling kepada selain daripada Allah , maka cepat-cepat anda beringat bahawa Allah mengetahui kedudukan hati itu. Sesungguhya amat bodoh orang yang bermunajat kepada Allah sedangkan hatinya lalai.

14) Merasai keajaiban sujud terakhir.
Setiap kali anda ruku’ dan sujud, sentiasalah memperbahrui ingatan kepada Allah. Ketika anda tunduk meletakan dahi ketika sujud, hendaklah merasakan bahawa anda sedang merendah diri atau menghina diri kepada suatu Zat Allah yang Maha Agung dan pada masa yang sama anda merasakan diri anda amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Allah Taala.

15) Bagaikan bersama-sama Nabi ketika tasyahhud.
Maksudnya ialah di dalam ucapan tasyahhud terdapat ucapan ‘ selamat sejateralah ke atasmu wahai nabi, dan apabila ucapan ini menggunakan perkataan ‘mu’ atau ‘kamu’ seolah-olah seseorang itu sedang berdepan dengan nabi s.a.w walaupun nabi sudah wafat dan tidak ada di hadapan orang yang solat itu. Oleh itu, hadirkan di dalam hati seolah-olah bahawa Rasullalah ada bersamanya.

16) Ingatlah, Allah bangga dengan solat yang didirikan oleh hamba-Nya. Sesungguhnya para malaikat turut mendirikan solat bersama dengan solat yang didirikan oleh seseorang.

17) Ingatlah juga bahawa mengenai bahaya solat tanpa khusyuk. Di dalam surah al-Ma’un ayat yang keempat dan kelima, Allah SWT telah mencadangkan bahawa neraka tersebut diperuntukkan bagi orang-orang yang mengerjakan solat, tetapi solat mereka itu dalam keadaan yang lalai dan lupa. ( Maksud lalai di sini banyak tafsiranya )

Konklusinya di sini, suka saya memetik kata Imam Al-ghazali. Beliau mengatakan bahawa “orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain mengingati Allah SWT ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan munkar”. Ini bermakna, sekiranya anda masih melakukan perkara munkar dan keji di alam fana ini, sedangkan anda tidak meninggalkan solat, maka checklah solat anda. Bagi saya juga, sekiranya anda berjaya mengamalkan dan menguasai salah satu tip-tip di atas, ia sudah bermakna dan percayalah anda sudah menghampiri kepada kekusyukan di dalam solat. Selamat mencuba dan jangan berputus asa.