Thursday, September 15, 2005

UIA popular kerana air ??

Tiga bulan yang lepas UIA telah popular selepas kejayaanya memperolehi tempat kedua bagi pertandingan peringkat dunia Moot Philip Jessup di Amerika dan kejayaan saudari Melati yang menerima anugerah “ the best oralist'' dalam pertandingan tersebut. Pada beberapa hari lepas nama UIA sekali lagi popular di seluruh Malaysia, hal ini disebabkan tragedi bekalan air yang terputus telah dilaporakan di dalam Buletin Utama dan menjadi topic dalam akhbar2 utama tanah air. Bekalan air terputus bukanlah disebabkan empangan sudah kering, tetapi disebabkan pencemaran Sg. Gombak di sepanjang Jln Gombak-Bentong Lama akibat daripada sebuah lori minyak yang terbalik di Kilometer 30, Lebuh Raya-Karak. Ekoran daripada krisis air yang berlaku di UIA itu, 3 hari cuti mengejut telah diberikan kepada pelajar2 iatu bermula pada Isnin ( 1.00 ptg ) hingga ke hari Rabu.

Cuti, ade yang gembira dan ada yang tak suka…..

Bila sahaja notis mengenai cuti mengejut dikeluarkan macam2 reaksi yang kawan dapat lihat terhadap member2. Ada yang yang gembira sakan dan terdapat juga yang tak gembira serta merungut. Siapa yang tak gembira bila tak dapt cuti….maklum le tak payah pergi kelas dan yang best lagi, test ditangguhkan. Tapi ramai yang celebrate cuti tu dengan pulang ke rumah sendiri atau ke rumah saudara mara yang berdekatan bagi yang berasal dari Utara, Timur dan Selatan tanahair. Kawan masih stay kat UIA walaupun menanggung kesusahan bila air tiada sebab banyak kerja perlu disettlekan. Lagipun rumah kawan bukan di Puchong atau di Lembah Kelang, so, tak berbaloi nak balik Temerloh. Bagi yang tak suka cuti tu bukanye ape, cuti tu bukan free macam tu aje, tapi ia perlu diganti bagi memastikan silibus pembelajaran habis mengikut jadual. Kemudian, disebabkan cuti nie juga library, office2 dan ITD kat UIA ditutup, so, ini merumitkan mereka untuk menyiapkan assignment,urusan persatuan dan sebagianya.

Realiti yang belaku semasa krisis air…

Kawan perhatikan terdapat beberapa pelajar yang membuat tindakan yang tidak bijak semasa UIA menghadapi krisis air. Beberapa orang budak-budak lelaki kawan perhatikan bermandi sakan di tong air bantuan yang disediakan di mahallah2. Gembira 'bebenor' diaorang kawan tengok bila dapat air. Bukanya apa, dalam situasi begini, pandai2 le berjimat cermat dan jangan ikutkan sangat nafsu sangat…nanti akan menyusahkan orang lain yang masih ramai memerlukan air…

Realiti di tandas2 di mahallah lain pulak ceritanye. Aroma yang menusuk hidung dan kalbu hanya tuhan yang tahu. Begitu juga dengan panorama2 yang tak sedap mata memandang bila mana kaki melangkang masuk dan secara automatiknya terus mengingatkan kawan akan sepotong lirik lagu Ratu Rock Malaya (Ella) “ tak dapat kubayangkan…”. Ish..ish…memang menakutkan….( harap2 faham ye…)

Walaupun air tiada, cafe2 di setiap mahallah lelaki kawan perhatikan masih aktif beroperasi. Yang menariknya, pinggan2 tidak lagi digunakan oleh pelanggan malahan polystyrene sebagia ganti. Dengan erti kata lain, semua makanan dan minuman kena ‘tapau’ le…..

Satu keajaiban juga telah berlaku ekoran krisis air berlaku. Keajaiban yang kawan maksudkan ialah bertambahnya bilangan pelajar lelaki yang sembahyang berjemaah. Apa ketidaknya…..kebetulan tangki air bantuan terletak berhampiran dengan surau. Jadi, ini memudahkan mereka bersembahyang berjemaah. Sebelum itu, kawan jarang jumpa certain face yang sembahyang berjemaah, tapi bila keadaan macam ni, ramai pula muka-muka baru yang datang ke musolla Bilal. Alhamdullilah…kawan lihat ini satu suasana baru yang positif dan harap-harapnya terus istiqomah sembahyang berjemaah lepas-lepas nie.

Kesimpulanya di sini, kawan ingin nyatakan sedikit mengenai hikmah di sebalik krisis air yang berlaku di bumi UIA nie. Sebelum tu, kawan nak quote apa yang seorang lecture Syariah AIKOL kata iatu “ ada hikmah di sebalik air takde, at least kita boleh praktik bertayammamum. Daripada quotation tu kawan boleh sifatkan apa yang dikatakan oleh lecturer tu lebih berbentuk lelucon bagi mengurangkan stress budak-budak law. Tetapi, kawan memang tak nafikan bahawa banyak hikmah sebalik kejadian krisis air. Antara hikmahnya ialah hargailah air dan jangan sesekali membazirkanya. Jadi lepas-lepas ni, kalau ambik sembahyang tu, paip tu jangan le bukak besar-besar sampai air yang keluar tu deras yang kawan boleh umpamakan ibarat air sungai di Jeram Perahu yang terletak di Hulu Tembeling, Pahang. Akhirnya, kawan ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih ke atas SRC kerana membawa isu ini ke pihak atasan. Hasil tindakan pantas tersebut,, UIA telah bercuti 3 hari dan secara tak langsung cuti mid sem dilanjutkan. Kawan secara peribadinya, cuti yang diberikan memang rasional dan satu keputusan yang bijak. Wallahua’lam.

“ Hargailah Air kerana ia adalah Rahmat Tuhan ‘’

- Pesanan khas dari JBA -


Nota : Semasa artikel diuploaded, bekalan air di UIAM sudah kembali pulih seperti biasa.

No comments: