Wednesday, September 28, 2005

UIA POPULAR LAGI...............

Populariti UIA melonjak lagi pada kali ini. Ianya bukanlah kerana isu krisis air , tetapi isu baru yang lagi sensasi dan terkini. Isu yang dimaksudkan itu ialah isu pemfailan kes saman bagi permohonan injuksi di mahkamah bagi menghalang pilihanraya kampus UIAM. Pemfailan kes tersebut dilakukan pada 23 September yang lepas ekoran ketidakpuasan mahasisswa UIAM terhadap peraturan piliharaya UIAM yang dikatakan bersifat tidak adil dan berat sebelah. Ekoran daripada kes tersebut, satu Malaysia sudah mengetahui selepas berita tersebut tersebar meluas di media massa melalui televisyen dan akhbar-akhbar utama negara.

ProAspirasi tawan UIAM ......

Begitulah laporan akhbar Kosmo pada hari Selasa baru-baru ini. Kawan sebenarnya sudah menjangkakan apa yang akan berlaku memandangkan ada ura-ura mengatakan pilihanraya akan diboikot. Segalanya telah terbukti selepas proses penamaan calon yang diadakan pada 26 September baru-baru ini. Kemenanagan tanpa bertangding itu berpunca daripada pemboikotan pilihanraya oleh mahasiswa UIAM yang kawan boleh katakan golongan Idealis ekoran daripada peraturan pilihanraya yang dikatakan tidak adil. Kawan ingin mengulas sedikit peraturan baru pilihanraya yang kawan sifatkan seolah-olah terdapat filtering process yang jelas bercanggah dengan prinsipal keadilan dan amalan demokrasi. Sepanjang berada 4 tahun di UIAM ini, inilah peraturan yang pelik bin ajaib. Antara peraturan tersebut ialah public speaking test. Pada pilihnaraya tahun2 yang lepas, peraturan ini tidak wujud. Kawan masih berpendapat peraturan ini adalah reasonable dan practical memandangkan kita memerlukan seorang pemimpin yang berkomunikasi dengan baik dengan massa. Begitu juga dengan peraturan CGPA calon ialah 2.8. Kawan merasakan isu CGPA bukanya cardinal ground bagi pemboikoitan pilihanraya oleh mahasisiwa pro-Idealis UIAM pada tahun ini. Kawan merasakan sebab musabab yang utama ialah wujudnya interview session dalam proses pilihanraya kampus (PRK) pada kali ini. Proses ini berlangsung selepas bakal calon melepasi public speaking test. Wujudnya interview session ini kawan merasakan seolah-olah bakal barisan exco SRC UIAM atau MPP UIAM dipilih oleh pihak pentadbiran yang mengetuai Suruhanjaya Pilhanraya. Ini kerana mereka ada kuasa pemutus ( discreationary power )samada bakal calon layak atau tidak ke proses hari penamaan calon.Jadi ini menggambarkan bahawa mahasiswa tiada kebebasan memilih pemimpin mereka dan sekaligus hak mereka telah tercalar pada piliharaya kali ini. Ironinya, pemboikoitan PRK pada kali ini bukan sahaja berlaku di bumi UIAM, bahkan ia juga berlaku di kampus-kampus lain seperti di UTM, UPM dan UPSI atas sebab2 undang-undang PRK yang tidak adil. Oleh itu, kawan boleh mengatakan bahwa PRK di Malaysia pada tahun ini adalah yang terburuk ekoran pemboikoitan mahasiswa terhadap sistem PRK yaag berat sebelah.

Sejarah baru tercoret di Taman Budi dan Ilmu.....

Pada tahun ini menyaksikan hari membuang undi tidak berlangsung ekoran daripada kemenangan tanpa bertangding oleh pihak pro-Aspirasi. Sebnyak 24 kerusi yang dipertangdingkan, hanya 18 yang menang tanpa bertanding. Manakala 6 kerusi lagi masih kekosongan. Actually, kawan merindukan suasana pilihanraya yang ada manis dan pahitnya. Tahun ini, bumi UIAM tidak lagi dipenuhi dengan poster-poster dan banner2 calon, tiada lagi kupon RM 1 bagi setiap orang yang mengundi, tiada perarakan dan kempen dari bilik ke bilik. Sepanjang kawan 4 tahun berada di UIAM ini, inilah pilihanraya yang tak perlu mengeluar undi disebakan pemboikoitan yang berlaku sekaligus ianya adalah sejarah baru dalam PRK.

Permohonan Injuksi ditarik.............

Itulah tajuk berita di dalam UM dan UTUSAN yang mencuri perhatian kawan pada hari ini. Permohonan injuksi oleh saudara Mozahiri iatu pemohon telah ditarik dan kawan tak pasti apakah ground di sebalik penarikan tersebut. Tetapi yang pasti sebab penarikan tersebut bukanlah atas dasar ancaman daripada UIA kerana kawan percaya saudara Mozahiri bukan seorang yang bacul atau penakut. Beliau seorang yang berani dan sanggup menanggung risiko atas tindakannya tersebut. Kawan ingin memetik kata-kata lecturer Law of Evidence kawan berkaitan kes saman UIA nie..." this is family matter, it should be settled within IIUM ". Personally kawan setuju dengan statement tersebut, kalau boleh hal-hal dalaman UIA ini diselesaikan dengan pihak atasan pentadbiran terdahulu sebelum membawa ke pihak luar. Tetapi kawan ingin dedahkan bahawa satu fakta iatu sejurus beberapa hari peraturan baru PRK UIA dikeluarkan, pihak SRC sesi yang lepas telah membuat memorandum bantahan dan diserahkan kepada Deputi Rektor Hal Ehawal Pelajar dan Alumni UIAM. Malangnya, kawan diberitahu bahawa memorandum tersebut tidak dapat respon yang baik. Ini bermakna, terdapat usaha untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pihak atasan UIA, akan tetapi usaha itu langsung tidak ambil kira. So, kawan merasakan tindakan saudara Mozahiri ini justified dan sudah pasti ia menjadi sejarah baru dalm PRK pada tahun ini. Personally, kawan merasa kagum dengan beliau yang sanggup berkorban demi menegakkan kebenaran dan menentang ketidakadilan agar ia menjadi bukti bahawa mahasisiwa UIAM bukanya pak turut( angguk2 - geling2 ), akan tetapi mahasiswa UIA adalah mahasiswa yang mempunya idealismenya tersendiri. Moga tuhan memberi kekuatan untuk beliau.

Akhirnya...................

Secara umumnya, segala kepincangan dan kekalutan PRK UIAM pada tahun ini ada hikmah di sebaliknya. Antaranya ialah mahasiswa perlu sedar bahawa hak mereka tidak boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak. Mereka mesti celik dengan persekitaran yang berlaku dan jangan hanya asyik mabuk dengan dunia akademik mereka sahaja. Kebenaran mesti dituntut dan kebatilan mesti ditolak. Lastly, kawan nak ucapkan tahniah dan takziah kepada barisan bakal exco SRC yang baru. Tahniah di atas kemenangan tanpa bertanding kalian semua dan takziah di atas tugasan dan amanah yang bakal digendong. Ingatlah, jawatan itu bukan satu kemasyhuran akan tetapi ia adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan yang Esa. Moga SRC kali terus memperjuangkan agenda kebajikan mahasisiwa sebagimana SRC yang lepas. Amin..........

Note : Walaupun permohonan injuksi ditarik, kes ini dalam proses semakan penghakiman ( judicial review) yang dibuat oleh pihak plaintif. Ini bermakna kes ini tidak berakhir lagi...moga KEADILAN dapat ditegakkan....

Thursday, September 15, 2005

UIA popular kerana air ??

Tiga bulan yang lepas UIA telah popular selepas kejayaanya memperolehi tempat kedua bagi pertandingan peringkat dunia Moot Philip Jessup di Amerika dan kejayaan saudari Melati yang menerima anugerah “ the best oralist'' dalam pertandingan tersebut. Pada beberapa hari lepas nama UIA sekali lagi popular di seluruh Malaysia, hal ini disebabkan tragedi bekalan air yang terputus telah dilaporakan di dalam Buletin Utama dan menjadi topic dalam akhbar2 utama tanah air. Bekalan air terputus bukanlah disebabkan empangan sudah kering, tetapi disebabkan pencemaran Sg. Gombak di sepanjang Jln Gombak-Bentong Lama akibat daripada sebuah lori minyak yang terbalik di Kilometer 30, Lebuh Raya-Karak. Ekoran daripada krisis air yang berlaku di UIA itu, 3 hari cuti mengejut telah diberikan kepada pelajar2 iatu bermula pada Isnin ( 1.00 ptg ) hingga ke hari Rabu.

Cuti, ade yang gembira dan ada yang tak suka…..

Bila sahaja notis mengenai cuti mengejut dikeluarkan macam2 reaksi yang kawan dapat lihat terhadap member2. Ada yang yang gembira sakan dan terdapat juga yang tak gembira serta merungut. Siapa yang tak gembira bila tak dapt cuti….maklum le tak payah pergi kelas dan yang best lagi, test ditangguhkan. Tapi ramai yang celebrate cuti tu dengan pulang ke rumah sendiri atau ke rumah saudara mara yang berdekatan bagi yang berasal dari Utara, Timur dan Selatan tanahair. Kawan masih stay kat UIA walaupun menanggung kesusahan bila air tiada sebab banyak kerja perlu disettlekan. Lagipun rumah kawan bukan di Puchong atau di Lembah Kelang, so, tak berbaloi nak balik Temerloh. Bagi yang tak suka cuti tu bukanye ape, cuti tu bukan free macam tu aje, tapi ia perlu diganti bagi memastikan silibus pembelajaran habis mengikut jadual. Kemudian, disebabkan cuti nie juga library, office2 dan ITD kat UIA ditutup, so, ini merumitkan mereka untuk menyiapkan assignment,urusan persatuan dan sebagianya.

Realiti yang belaku semasa krisis air…

Kawan perhatikan terdapat beberapa pelajar yang membuat tindakan yang tidak bijak semasa UIA menghadapi krisis air. Beberapa orang budak-budak lelaki kawan perhatikan bermandi sakan di tong air bantuan yang disediakan di mahallah2. Gembira 'bebenor' diaorang kawan tengok bila dapat air. Bukanya apa, dalam situasi begini, pandai2 le berjimat cermat dan jangan ikutkan sangat nafsu sangat…nanti akan menyusahkan orang lain yang masih ramai memerlukan air…

Realiti di tandas2 di mahallah lain pulak ceritanye. Aroma yang menusuk hidung dan kalbu hanya tuhan yang tahu. Begitu juga dengan panorama2 yang tak sedap mata memandang bila mana kaki melangkang masuk dan secara automatiknya terus mengingatkan kawan akan sepotong lirik lagu Ratu Rock Malaya (Ella) “ tak dapat kubayangkan…”. Ish..ish…memang menakutkan….( harap2 faham ye…)

Walaupun air tiada, cafe2 di setiap mahallah lelaki kawan perhatikan masih aktif beroperasi. Yang menariknya, pinggan2 tidak lagi digunakan oleh pelanggan malahan polystyrene sebagia ganti. Dengan erti kata lain, semua makanan dan minuman kena ‘tapau’ le…..

Satu keajaiban juga telah berlaku ekoran krisis air berlaku. Keajaiban yang kawan maksudkan ialah bertambahnya bilangan pelajar lelaki yang sembahyang berjemaah. Apa ketidaknya…..kebetulan tangki air bantuan terletak berhampiran dengan surau. Jadi, ini memudahkan mereka bersembahyang berjemaah. Sebelum itu, kawan jarang jumpa certain face yang sembahyang berjemaah, tapi bila keadaan macam ni, ramai pula muka-muka baru yang datang ke musolla Bilal. Alhamdullilah…kawan lihat ini satu suasana baru yang positif dan harap-harapnya terus istiqomah sembahyang berjemaah lepas-lepas nie.

Kesimpulanya di sini, kawan ingin nyatakan sedikit mengenai hikmah di sebalik krisis air yang berlaku di bumi UIA nie. Sebelum tu, kawan nak quote apa yang seorang lecture Syariah AIKOL kata iatu “ ada hikmah di sebalik air takde, at least kita boleh praktik bertayammamum. Daripada quotation tu kawan boleh sifatkan apa yang dikatakan oleh lecturer tu lebih berbentuk lelucon bagi mengurangkan stress budak-budak law. Tetapi, kawan memang tak nafikan bahawa banyak hikmah sebalik kejadian krisis air. Antara hikmahnya ialah hargailah air dan jangan sesekali membazirkanya. Jadi lepas-lepas ni, kalau ambik sembahyang tu, paip tu jangan le bukak besar-besar sampai air yang keluar tu deras yang kawan boleh umpamakan ibarat air sungai di Jeram Perahu yang terletak di Hulu Tembeling, Pahang. Akhirnya, kawan ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih ke atas SRC kerana membawa isu ini ke pihak atasan. Hasil tindakan pantas tersebut,, UIA telah bercuti 3 hari dan secara tak langsung cuti mid sem dilanjutkan. Kawan secara peribadinya, cuti yang diberikan memang rasional dan satu keputusan yang bijak. Wallahua’lam.

“ Hargailah Air kerana ia adalah Rahmat Tuhan ‘’

- Pesanan khas dari JBA -


Nota : Semasa artikel diuploaded, bekalan air di UIAM sudah kembali pulih seperti biasa.

Monday, July 25, 2005

3 Minggu Di AIKOL

Hari ini genaplah 3 minggu ‘kawan’ belajar di AIKOL. Di kepala ini mula dipenuhi input-input yang diterima dalam lecture. Pada penulisan pendek ini, kawan ingin bercerita sedikit ape yang berlaku di bumi UIAM khususnye di daearah AIKOL.

Minggu pertama, macam biasa le, Aikolians sibuk dengan proses add / drop subjek. Maka berlaku kesesakan di Law Office, maklum le nak dapat approval utk add subjek. Selain tu, Lab law juga crowded dengan student sebab masing-masing nak add/drop, print jadual and so on. Selain itu, berlaku adengan yang tak best waktu memulakan sesi pembelajaran. Adengan nie pun jugak berlaku kat kawan. Bayangkan le, bila masuk kelas, kerusi dan meja tak cukup. Maka berlakulah adengan mengambil kerusi-kerusi di kelas sebelah. Tidak kurang jugak, ade yang terpaksa berkongsi meja. Lecturer kawan pernah berseloroh dalam kelas CPC “ before u come to class u should discuss among u who will not be in class….that’s not your fault, this is university’s fault where it fails to prove the enough facility ‘’ Emm….bila dia cakap macam tu, kawan rase ade jugak betulnye walaupun kawan tahu dia buat lawak serius….

Minggu kedua, minggu nie isu kerusi dan meja tak cukup dapat diselesaikan dengan berlakunya pertukaran kelas. Alhamdullilah, settle satu masalah. Tapi berlaku pulak masalah baru. Masalah yang kawan maksudkan ialah masalah kesibukan dan kesesakan di photocopy centre dekat dengan kafe law. Sesak…memang sesak dan panas. Apa ke tidaknye, masing-masing sibuk nak copy course outline. Satu hari tu, kertas habis…ape lagi frust le budak-budak Aikol tak dapat nak fotostat. Kawan percaya kesibukan macam nie bukan saje berlaku kat Aikol saje tapi tempat fotosatat lain kat UIA pun same aje keadaanya. Anyway, alhamdullilah bagi kawan, kawan dah settlekan mengenai courseoutline. So, kawan kena rajin cari buku2 rujukan dan kes-kes. Gitu le gayanye budak law...

Minggu ketiga pula menyaksikkan bumi UIAM akan diterangi dengan cahaya bintang. Ape ketidaknye, STAR anjuran SRC dan gabungan dengan society2 akan bermula. Hampir semua kulliyah based society di UIA anjurkan festival masing2. Contohnye, IMEC dianjur oleh IRKHs, E-fest pulak dianjur oleh EMS dan banyak lagi. Yang bestnye, AIKOL pun ade. Ape lagi kalu bukan MILLEF. Harapnye Millef kali nie mencapai matlmatnya dan berjaya dianjurkan dengan gilang-gemilangye. Kawan sebgai senior akan memberi sokongan sepenuhnye…hidup Millef. Minggu nie jugak banyak tuto kawan akan bermula. So, kawan kena upkan lagi kawan punye degree of hardworking ness, membaca dan macam2 lagi.

Begitu le cerita yang ringkas tentang tiga minggu di Aikol. Terase begitu pantas masa yang berlalu. Kadang-kadang tu kawan tak terkejar. Ringkasanya di sini, selepas 3 minggu nie kawan merasakan tak boleh lagi ’main-main’. Bukanye ape, banyak ’komitmen’ yang kawan perlu laksanakan. Emm....jangan cakap banyak, tapi pelaksanaan kena banyak ; tu le statement yang sesuai untuk diri kawan. Moga Allah mempermudahkan segala urusan ke atas diri kawan yang lemah ini. Amin....

Being Dependable....

Being Dependable

Your reputation for dependability is built on several basic business principles.

§ Organize your priorities by determining which tasks are most important and most urgent.
§ Don’t make promises you cannot keep.
§ Don’t make inconvenient promises.
§ Take ownership of your actions by creating an I-you relationship with others.
§ Remember what you said you were going to do, then DO it!


** Adopted from Office Politics for the Utterly Confused, William A. Salmon & Rosemary T. Salmon, 1999.

Sunday, June 12, 2005

Good Luck 4 Final Exam ( Sem III )

Asslammualaikum w.b.t

>>> To all :

1) My B.M Classmate esp. Group A Mck Trial ( Balkiah,Baya,Syikin, Ina, Ida, ila, Yusof@pak Leman, Nurun, Noris n' Suzani )

2) My friends in Mc, esp. from R&D Secretariat ( Hazwan, Nuzul,Muhaimin, Sha'ari,Madli,Hikmah,Arfah, Siti Fatimah, Nurazlina, Noorbaizura, Nuraina dan lain2 )

I woulid like to wish " Good Luck in Final Exam ( sem III )", study hard n' smart.Sama2 kita berdoa di atas kejayaan bersama.

FROM : UMAR LE!

Sunday, May 29, 2005

Friday, May 20, 2005

" Kisah Abu Bakar Hamzah Mohammad Menjadi Pengajaran"

Assalammualaikum w.b.t..

Pagi tadi selepas bersarapan di Sg. Pusu bersama kawan2, 'kawan' sempat membaca akhbar(BH ).Selepas membaca tajuk2 utama, 'kawan' tertarik dengan satu berita mengenai kematian sorang hamba Allah yang bernama Abu Bakar,41 tahun yang menetap di Johor Bharu telah meninggal dunia dipangku ibunya. Ibunya pula ialah seorang pesakit Parkinson yang tidak boleh bergerak melainkan dengan bantuan anaknya itu.

Apa yang 'kawan' nak highlight kat sini ialah tentang pengorbanan si arwah yang tidak berbelahbagi terhadap ibunya. Beliau terpaksa manghabiskan masanya dengan sentiasa berdamping degan ibunya selalu. Segala urusan makan, minum, buang air dan lain2 diuruskan oleh beliau. Beliau juga terpaksa membiarkan hasratnya utk berkahwin memandangkan keadaan ibunya yang memerlukan perhatian penuh daripadanya.

Pengajaran penting yang boleh diambil ialah jagan kita sesekali melupakan orang tua kita terutama yang memerlukan pertolongan dan kasih sayang. Dengan erti kata lain, berbuatlah baik dengan ibu bapa kita, jangan kita syok dengan 'dunia kita' sendiri.
Kita tidak dapat membalas jasa orang tua kita dengan wang ringgit, harta benda dan lain, melainkan kasih sayang yang kita dapat berikan.

Satu persoalan yang 'kawan' nak lontarkan, jikalau arwah Abu Bakar kembali kepada Allah dalam keadaan dakapan ibunya ( membuat kebaikan/kebjikan kpad ibunya ), adakah kita juga ditakdirkan oleh-Nya dimatikan dlm keadaan seperti beliau?

Hanya Allah shj yang tahu, apa yang boleh kita usahakan adalah menjadi anak yang soleh, bertakwa dan mengasihi ibu bapa kita. Wallahua'lam.

Note ; 'kawan'(loghat Phg ) ialah bermaksud saya atau aku.

Tuesday, May 17, 2005

Isu : Undang-undang tidak mengikut EMOSI....( Kes Ahmad Hafizal )

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai seorang remaja yang pertama kali telah didakwa di bawah S.18 (Akta Latihan Khidmat Negara) 2003. Majisteret Kangar telah mendapati remaja tersebut bersalah dibawah Akta tesrebut dan telah dijatuhkan hukuman denda RM600 atau penjara 14 hari. Ahmad Hafizal b. Ahmad Fauzi ( remaja terbabit )telah memilih hukuman penjara memandangkan dia tidak mampu membayar denda.

'Kawan' apabila membaca laporan akhbar tersebut merasa sebak juga mengenangkan nasib seorang remaja yang berumur 18 tahun yang hidup di dalam kesusahan sangguup berkorban demi memastikan emak dan kedua orang adiknya tidak kelaparan.Saudara Hafizal membuat keputusan untuk tidak ke PLKN bagi membantu ibu dan kedua orang adiknya.

Cuma 'kawan' nak stress berkaitan dengan akta LKN yang diluluskan oleh parlimen pada tahun 2003. Pihak mahkamah telak melaksnakan tugasnya dengan melaksanakan undang-undang tersebut tanpa mengambil kira faktor atau situasi yang menyebabkan saudara Hafizal tidak ke PLKN. Dengan erti kata lain keputusan yang dibuat tidak boleh dipengaruhi oleh emosi atau rasa kasihan.Ini kerana setiap pelaksanaan undang-undang itu ada tujuan dan matlamatnya.


Walupun Majisteret telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM600 atau penjara 14 hari, 'kawan' merasakan RM600 itu masih tertinggi berbanding degan situasi kehidupan sebenar si pesalah. Nak cari sesuap nasi pun payah apatah lagi RM 600. Tapi 'kawan' percaya hukuman yang dijatuhkan itu tidak dipengaruhi dengan emosi dan perasaan kasihan.Kalau tidak, sudah tentulah denda atau penjara yang dijatuhkan amat rendah daripada yang sebenar.

'Kawan' mula-mulanya merasa sedih apabila tiada orang tampil untuk membantu Hafizal bagi membayar denda. Tapi, mujurlah MB Perlis telah tampil bagi membayar denda, itu pun selepas sehari si Hafizal ini telah berada di penjara.Apa-apa pun kawan nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada MB Perlis kerana keprihatinanya terhadap kes Hafizal ini, dan kawan baca paper semalam MB tersebut telah sponsor duit poket untuk Hafizal bagi mengikuti kursus Kemahiran selama 4 bulan. Tahniah juga kepad akhbar-akhbar tanah air yang memberi liputan yang meluas pasal kes Hafizal nie, at least 'ade le orang' nak membantunya.

Konklusinya di sini , kes Hafizal ini hendaklah menjadi contoh kepada remaja2 yang lain bahawa undang2 tidak mengenal jantina, kaum dan status kaya atau miskin. Kerana penggubalan sesuatu undang-undang itu ada kepentinganya dan tujuanya. Satu perkara lagi, kalau kita nak marah nak Akta PLKN pun dah tak berguna kerana parlimen telah meluluskanya dan diperkenankan YDPA. Dan perlu dingat, orang-orang di parlimen itu orang yang dipilih rakyat. Jadi, jangan meunding jari ke arah orang lain, pandanglah dalam diri kita ini dulu.

Wassalam.